top of page

Kongsi keceriaan sambutan Tahun Baharu Cina

elissa08

BUKIT MERTAJAM - Kegembiraan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dikongsi bersama 100 keluarga memerlukan melalui program bantuan bakul makanan yang dianjurkan Lion Club Cawangan Prai.

Pengerusi penganjur, Zeon Cheong Sze Keat berkata, program itu dianjurkan bagi menyantuni mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar kawasan Bukit Mertajam.




Menurutnya, program julung kali diadakan dengan kerjasama JCI Penang dan beberapa syarikat korporat itu diinspirasikan melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.

"Kita mahu kehadiran tahun baharu ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kurang bernasib baik ini.

"Walaupun sumbangan diberikan tidak seberapa, kami berharap ia dapat meringankan beban sekali gus dapat memberikan senyuman kepada mereka," katanya ketika menyerahkan bakul makanan terbabit kepada Pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, baru-baru ini.


Hadir sama, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Bernard Cheen yang mewakili Ahli Parlimen Bukit Mertajam.



Sementara itu, Zeon Cheong berkata, pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri akan datang dengan menambah jumlah penerima bantuan di negeri ini.



Please click on the link below for full article :


https://www.sinarharian.com.my/article/241600/edisi/utara/kongsi-keceriaan-sambutan-tahun-baharu-cina


-Article above from Sinar Harian-


 
 
 

Comments


  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

NATIONWIDE CUSTOMER CARELINE : 1300-88-3939
Call Centre Operating Hours:
09:00am - 05:00pm (Monday to Friday)
09:00 am - 12:00 noon (Saturday)
- Close on Public Holiday -

Bulk Purchase/ Product/ Service enquiry: hello@nihoma.com.my

Payment enquiry: pcu@nihoma.com.my

Career enquiry: hr@nihoma.com.my or apply HERE directly 

For issues below, please write to us directly at NIHOMA Senior Management Team (SMT) for further investigation.

Complaint/ Feedback/ Whistleblowing/ Bribery/ Break of trust/ Counterfeit products: smt@nihoma.com.my

Copyright © 1996-2025 All rights reserved by Eco World Wellness (M) Sdn. Bhd, a subsidary company of NIHOMA Group of Companies.  
NIHOMA® is a registered trademark of NIHOMA Group of Companies.
Eco World Wellness (M) Sdn. Bhd. is a company registered under the laws of Malaysia with business registration number (BRN) 129 0986-V (201801028960) and AJL Licence Number (AJL No: 932277)
NIHOMA® is a certified member of the Malaysian Direct Distribution Association (MDDA) Verify HERE and licensed under The Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Verify HERE

bottom of page